Peminat bola sepak tanah air teruja dengan persembahan yang ditampilkan oleh pemain sayap Selangor, Faisal Halim dalam perlawanan peringkat kumpulan saingan AFC Champions League (ACL) 2 menentang Muangthong United baru-baru ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Faisal memulakan aksi dengan berada di bangku simpanan dan beliau dimasukkan pada separuh masa kedua.
Baca Juga:
- Selangor Pertimbang Guna Undang-Undang Untuk Kes Faisal Halim
- Katsuhito Kinoshi Terapkan Mentaliti ‘Never Give Up’ Kepada Pemain Selangor
- RASMI: Katsuhito Kinoshi Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Selangor
Meskipun Selangor tewas dengan keputusan 2-1, namun ramai peminat yang gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain yang mesra dipanggil Mickey itu.
Sisi yang terang?
Faisal Halim menunjukkan beliau semakin hampir mencapai prestasi asal beliau tadi, walaupun penampilan hanya di hujung perlawanan
— ⚓SyazwanSeaMasterSam🇲🇾 (@SSSKaptenPisang) November 28, 2024
Satu benda buat aku tersenyum tengok perlawanan tadi, melihat Faisal yang seakan sudah kembali mendapat rentak & sentuhannya.
— Khairil Azwa 🇲🇾 (@wankhairilazwa) November 28, 2024
Mickey kelihatan jelas lebih berani dalam melakukan gelecekan ke dalam kawasan penalti lawan dan gerakan beliau juga lebih baik berbanding sebelum ini.
Pemain berusia 26 tahun itu turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun percubaan beliau dinafikan oleh penjaga gol lawan.
Meskipun dimasukkan pada penghujung permainan, Mickey memberikan impak yang cukup ketara khususnya di bahagian serangan pasukan Selangor.
Sekiranya terus diberi peluang untuk beraksi, tidak mustahil Faisal Halim mampu untuk kembali ke prestasi sebenar iaitu sebelum beliau disimbah asid pada bulan Mei lalu.
Dalam perlawanan semalam, Selangor membuka tirai jaringan menerusi Quenting Cheng pada minit ke-5 dimana beliau memanfaatkan bola hantaran dari Yohandry Orozco. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.
Memasuki separuh masa kedua, Muangthong menggandakan asakan dan mereka kemudiannya menjaringkan gol penyamaan menerusi Felicio Brown Forbes.
Pemain sayap, Poramet Arjvirai kemudiannya menjaringkan gol kedua pasukan pelawat dimana rembatan kencang beliau di sebelah kanan gagal untuk ditepis oleh Azim Al Amin.
Kekalahan ini membuatkan Selangor menduduki tangga ketiga dalam carta kumpulan H dan mereka wajib menang ke atas Cebu dalam perlawanan terakhir sambil mengharapkan Muangthong tewas kepada Jeonbuk Hyundai Motor sekiranya mahu melangkah ke peringkat seterusnya.