Adik Bella Astillah mengeluarkan kenyataan pedas membidas Ruhainies yang telah banyak melukakan hati Bella Astillah.

Ruhainies menyatakan bahawa dia mahu melihat semua orang bahagia, yang menjadi sebab utama dia mahu berdamai dengan Bella Astillah dan sesiapa sahaja.

Baca Juga:

Dia berkata demikian kepada wartawan Melodi TV3. Sambil menyifatkan pengalaman ditangkap khalwat membuatkan dia trauma.

Ruhainies berkata: “Sekarang ini saya sudah tak boleh bertangguh dah. Saya nak berdamai dan tiada sengketa dengan Bella Astillah atau sesiapa sahaja. Saya ini meminta maaf secara terbuka dalam isu ini.”

Ruhainies turut mendedahkan bahawa dia sudah cuba menghubungi Bella Astillah beberapa minggu lalu namun tidak berjaya. Akhirnya dia memutuskan untuk menghormati privasi Bella Astillah yang berada dalam situasi yang rumit kerana rumah tangganya dalam masalah.

“Takkanlah saya nak terus paksa dia,” jelas Ruhainies lagi.

Akhir sekali Ruhainies benar benar berharap Bella Astillah dapat memaafkannya dan setiap orang memulakan hidup yang baharu.

Adik kepada Bella Astillah, Didi Angela Astillah memberikan respon kepada tindakan Ruhainies. Dia mempersoalkan, kenapa sebelum ini Ruhainies tidak terus meminta maaf dan mengakui sahaja kesalahannya.

Didi menulis:

“Selama ni Didi diam je tau tapi adik beradik sebelah sana duk backup, dia siap buat fake statement tangkapan khalwat.

“Tapi bila nampak si manipulator ni buat interview niatnya nak minta maaf lah berdamai lah terus ringan jari ni nak menaip.

“Kaklong saya tu tengah sibuk kerja kat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sini sana.

1. Cakap Bella yang perangkap khalwat
2. ⁠memburukkan kaklong di set (Bella ada bukti ya)
3. ⁠Cakap team Bella pergi email brand-brand untuk jangan ambil Ruhainies (kelakar ek😂)
4. ⁠Cakap Bella ni Babi (biadab ek)
5. ⁠Plan cara nak menjatuhkan bella sedangkan kes khalwat tu salah sendiri.
6. ⁠paksa Aliff untuk malukan bella lagi sampai sanggup buat fake acc/ pakai cybertroopers untuk kecam bella (jahat nauzubillah mcm sinetron).

“Diorang ni lupa tau hujung2 kebenaran tu akan berpihak pada orang baik.

“Tiberrr je sekarang buat muka sedih konon nak berdamai hanya SELEPAS VIRAL PERBUALAN DIA BER L U , L U S M tu.

“Korang tolong la mention dia k sebab tak boleh mention dia… Padahal saya tak pernah eh KACAU dia. Dia yg KACAU rumahtangga kaklong saya.”