Satu perkembangan yang baik untuk sukan bola sepak negara. Ehsan Rasidin Amri yang kini berusia 6 tahun telah menyertai akademi bola sepak Manchester City.
Ibu bapa Ehsan telah menetap di England sejak 10 tahun lalu dan Ehsan dilahirkan di Hospitak St Mary, Manchester. Semuanya bermula apabila Ehsan sendiri menunjukkan minat untuk bermain bola sepak. Bapa kepada Ehsan, Rasidin memberitahu anaknya meminta untuk bermain bola sepak di mana-mana kelab ketika hujung minggu. Ketika itu usia Ehsan baru 5 lima tahun.
Pada awalnya, agak sukar untuk mencari kelab yang dekat dengan kawasan tempat tinggal mereka dan selepas membuat tinjauan, kelab bola Timperley FC adalah yang paling sesuai dan masih mempunyai kekosongan.
“Selepas tiga minggu menyertai Timperley FC, Ehsan dipilih beraksi untuk Sunday League. Pada penampilan pertama Ehsan dalam Sunday League, aksinya turut ditonton seorang pencari bakat Manchester City,” katanya kepada Malaysiakini.
Pencari bakat itu kemudiannya menyakinkan Rasidin bahawa Ehsan mempunyai bakat dalam sukan bola sepak dan mahukan Ehsan mendapat bimbingan secara profesional. Sebelum meninggalkan Timperley FC, Ehsan menjadi pemain terbaik Timterpely FC untuk kategori pemain berusia 6 tahun.
Tidak semua kanak-kanak boleh menyertai Akademi Manchester City. Akademi Manchester City menggaji khidmat pencari bakat untuk menawarkan kanak-kanak berbakat menyertai mereka dan Ehsan adalah salah seorang yang bertuah kerana berjaya menarik minat mereka.
Rasidin berasal dari Johor dan jika Ehsan menjadi seorang pemain bola sepak profesional kelak, Johor semestinya salah satu pasukan yang akan menjadi pilihan Ehsan. Kami ucapkan selamat maju jaya buat Ehsan. Luaskan Kuasamu!