AFC Cup 2023/24 – Macarthur vs Sabah [13 Februari 2024, 3:00 PM, Stadium Campbelltown Sports]

Saksikan siaran langsung separuh akhir AFC Cup (Zon Asean) antara kelab dari Australia, Macarthur menentang wakil negara, Sabah pada jam 3 petang, Selasa (13 Februari).

Baca Juga:

Para peminat juga boleh menonton perlawanan tersebut menerusi Astro di saluran Astro Arena 803. Anda perlu memiliki applikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton di saluran ini.

Link Siaran langsung: Astro Arena (803)

Aksi ini sangat getir memandangkan ia hanya membabitkan satu perlawanan dan pemenang aksi ini akan mengesahkan slot ke final zon ASEAN Piala AFC 2023/24.

Namun, Macarthur ketika ini sedang berada pada momentum terbaik memandangkan mereka masih mengharungi aksi domestik berbanding Sabah yang sudah ‘berehat’ hampir dua bulan.

Bagaimanapun, Sabah turut diperkuatkan oleh empat pemain yang beraksi di Piala Asia 2023 bulan lepas iaitu Darren Lok, Daniel Ting, Dominic Tan dan Stuart Wilkin.

Kehadiran pemain tersebut memberi keseimbangan dari segi kekuatan bersama beberapa tonggak import seperti Park Tae-Su, Cifu, Gabriel Peres dan Ramon Machado.

Sebagai rekod, Sabah FC menjadi wakil tunggal negara yang masih meneruskan perjuangan di pentas Piala AFC selepas satu lagi wakil di Piala AFC, Terengganu FC (TFC) terkandas di peringkat kumpulan.

Satu lagi aksi separuh akhir Zon ASEAN membabitkan pertembungan antara Central Coast Mariners berdepan Phnom Penh Crown.