Sabah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFC musim 2023/24 apabila mudah menewaskan kelab Singapura, Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar hari ini.
Keputusan itu turut melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN selaku juara kumpulan H dengan 12 mata selepas pencabar terdekat, Hai Phong seri 1-1 dengan PSM Makassar.
Baca Juga:
- AFC Cup 2023/24: Terengganu Bawa Pulang Satu Mata Dari Australia
- Piala AFC 2023/24: Kim Swee Tak Mahu Sabah Dibolosi Gol Awal
- Pahang Dilarang Memohon Lesen Kelab AFC Selama 2 Tahun 2019 Dan 2020
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu memperolehi gol pertama pada minit ke 15 hasil jaringan sendiri pemain import Hougang United, Naoki Kuriyama yang tertampan bola leret Daniel Ting dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, rentak permainan mereka sedikit terjejas apabila perlawanan terpaksa dihentikan seketika selama 15 minit akibat hujan lebat yang turun tanpa henti.
Sebaik sahaja perlawanan bersambung semula, Sabah kembali mengandakan asakan namun beberapa percubaan berbahaya mereka masih gagal menembusi pintu gol tuan rumah.
Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, Darren Lok menambah gol kedua menerusi sepakan penalti dan kini merupakan antara penjaring kedua terbanyak Piala AFC dengan rekod 6 gol.
Memasuki separuh masa kedua, giliran Ramon Machado pula menambah gol ketiga Sabah dan kali ini menerusi rembatan dari jarak dekat dalam kawasan kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol Hougang United pada minit ke 49.
β½οΈ GOAL | πΈπ¬ Hougang United 0οΈβ£-3οΈβ£ Sabah FC π²πΎ
Ramon Machado smashes in his volley into the roof of the net π
πΊ Watch ππππ https://t.co/ySzxSzy7xy#AFCCup | #HOUvSAB pic.twitter.com/dnTtjVtdFr
— #AFCCup (@AFCCup) November 30, 2023
Jaringan itu memberikan semangat tambahan kepada Sabah untuk terus mengandakan asakan dan kerap kali memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan.
Pada minit ke 77, Hougang United sekali lagi menjaringkan gol sendiri apabila Anders Aplin tertolak masuk rembatan Rizal Ghazali yang melarikan bola ke kawasan kotak penalti.
Tuan rumah turut mendapat gol sagu hati melalui Gabriel Quak yang menghukum kelekaan benteng Sabah pada minit akhir perlawanan.
Kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mengesahkan satu slot ke separuh akhir Zon ASEAN menjadi milik Sabah. Lawan mereka di peringkat itu akan diketahui selepas undian rasmi dijalankan pada 21 Disember 2023.
Tiga lagi pasukan yang dijangka mara ke separuh akhir Zon ASEAN ialah dua kelab Australia, Central Coast Mariners dan Macarthur serta satu kelab Kemboja, Phnom Penh Crown.