Central Coast Mariners vs Terengganu, 29. 11. 2023 – jam 4.00 petang (Waktu Malaysia)
Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner tekad memastikan rekod tanpa kalah kekal apabila bakal bertemu kelab Australia, Central Coast Mariners pada aksi Piala AFC di Stadium Industree Group petang esok.
Baca Juga:
- Piala AFC 2023/24: Kim Swee Tak Mahu Sabah Dibolosi Gol Awal
- Piala MFL: Ini Sebab Hairuddin Omar Letakkan Ubaidullah Di Posisi Tengah
- Slot AFC Cup 2018, Pasukan Mana Layak Ganti Pahang Yang Menolak Tawaran FAM?
Dua bulan lalu, TFC mencipta kejutan apabila menewaskan lawan yang sama 1-0 dua bulan lalu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Berdasarkan kedudukan terkini kumpulan G, Central Coast Mariners menghuni tangga teratas dengan 9 mata manakala TFC berada di tangga kedua dengan 8 mata.
“Misi kami ke Australia adalah untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan kumpulan selepas empat perlawanan tanpa tewas bagi mengintai peluang melangkah ke pusingan seterusnya.
“Selain itu kami juga idam sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata dan misi ini boleh dilaksana jika pemain beraksi mengikut perancangan selain tidak terlalu menghormati lawan,” katanya dalam Berita Harian.
𝐀𝐅𝐂 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐒𝐲𝐝𝐧𝐞𝐲👋
𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐀𝐒𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄𝐑𝐒 𝐕𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐅𝐂
📆 29 November 2023 – RABU
⏰ 4.00 pm (waktu Malaysia)
🏟 Stadium Industree, Australia#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/5nsnEQlhAb— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 27, 2023
Bagaimanapun, TFC berdepan tugas berat apabila beraksi tanpa 4 tonggak pertahanan seperti Azam Azmi Murad, Shahrul Nizam Ros Hasni, Safwan Mazlan dan Alif Zakaria.
Namun begitu, pertahanan import Uzbekistan akan mengisi kekosongan tersebut berganding dengan beberapa pemain pertahanan muda tempatan seperti Ubaidullah Shamsul.
“Dalam perancangan, saya membawa masuk pertahanan import Uzbekistan, Sardor Kulmatov bagi mengimbangi barisan pertahanan bersama tiga pertahanan tempatan, kerana barisan pertahanan perkara asas dalam bola sepak.
“Jaringan awal penting buat kami untuk lebih bermotivasi selain mampu memberikan tekanan kepada tuan rumah, elakkan melakukan kesilapan mudah,” jelasnya.