KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjadi pemilik nombor plat ‘FFF 1’ selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.
Berita itu disampaikan menerusi akaun media sosial rasmi Baginda Tuanku pada awal pagi tadi.
Baca Juga:
- Agong Pemilik ‘GOLD 1’, Hasil Bidaan RM1.5 Juta Akan Disalurkan Kepada Kerajaan Persekutuan
- Dibayar Pada Harga RM1.2 Juta, Sultan Johor Pemilik Nombor Plat ‘FF 1’
Baginda Tuanku berkenan menerima kunjungan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke yang menyerahkan simbolik nombor plat ‘FFF 1’.
“Seri Paduka Baginda, berharap nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat,” petik hantaran Facebook Sultan Ibrahim.
Untuk rekod, Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘FFF’ dilancarkan oleh Anthony Loke 11 Mei lalu bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-78.
Terdahulu, Sultan Ibrahim juga menjadi pemilik nombor istimewa GOLD 1 (RM1.5 juta), FF 1 (RM1.2 juta) dan F1 (RMRM836,660).