Nombor pendaftaran kenderaan siri ‘FF’ merupakan salah satu nombor siri yang menjadi perhatian ramai selain nombor siri ‘AMG’.

Ketiadaan nombor siri ‘FF 1’ di dalam sistem JPJeBid telah menjadi tanda soal orang ramai yang berteka-teki siapakah pemiliknya.

Baca Juga:

Sebentar tadi Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke memuat naik hantaran Facebook di mana beliau menghadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat ‘FF 1’ kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut!

“Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan!” kata YB Anthony Loke.

Tambah beliau lagi, bayaran itu menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta, sebelum ini hanya RM34.29 juta.

Sementara itu anda boleh lihat lagi nilai-nilai bidaan tertinggi bagi nombor plat FF yang lain di hantaran Instagram yang kami kongsikan di bawah.