Baru-baru ini, isu orang kenamaan, artis dan Instafamous yang sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan wabak COVID-19 masih lagi hangat diperkatakan. Mana tidak geramnya hati apabila melihat mereka sengaja mempamerkan momen-momen indah mereka semasa merentas negeri di media sosial.

Berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan golongan ‘kayangan’ itu, Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon tampil mengusulkan cadangan di mana golongan ini wajar dikenakan hukuman melakukan kerja-kerja amal seperti menyapu sampah-sarap di kawasan awam atau membersihkan tandas awam.

“Hukuman ini wajar dilaksanakan untuk memberikan pengajaran di atas kedegilan mereka yang sengaja melanggar SOP. Mereka berduit dan membayar kompaun pastinya bukan satu masalah bagi mereka.

“Jadi, selain dikompaun, mungkin mereka akan serik sekiranya didenda dengan cara melakukan kerja amal khidmat masyarakat,” ujar Michael seperti yang dilaporkan akhbar Harian Metro.

Beliau juga berkata, golongan kayangan telah menunjukkan contoh yang tidak baik setelah segala perbuatan melanggar SOP yang mereka lakukan dimuat naik di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

“Tolong faham dan peka dengan sensitiviti rakyat biasa. Mereka juga ada keperluan merentas negeri tetapi tidak dapat bertindak sedemikian disebabkan tidak mampu bayar kompaun.

“Pihak berkuasa juga diminta tidak berlembut hati dengan mereka kerana saya rasa tidak perlu wujudnya SOP ‘dua darjat’ yang berbeza untuk golongan ‘kayangan’ dan rakyat biasa,” tegas beliau lagi.

Berharap golongan ‘kayangan’ ini segera sedar dan tepati janji untuk menjadi contoh individu berpengaruh atau Influencer yang terbaik buat para pengikut serta peminat mereka.

Tidak pakai pelitup muka semasa hasilkan konten, Instafamous dikompaun RM1,500.

Tidak Pakai Pelitup Muka Hasilkan Konten, ‘Instafamous’ Ini Dikompaun RM1,500

Instafamous Didakwa Sanggup Aniaya Artis Dan Anak Yatim Demi ‘Marketing’ Produk ?

Langgar SOP Dan Terpalit Kontroversi, Swarovski Sahkan Tamat Kolaborasi Dengan Neelofa

Sumber