Polis melaporkan bahawa bekas anggota parlimen Afghanistan, Mursal Nabizada, dan seorang pengawal peribadi ditembak mati di kediamannya di Kabul oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali, lapor ToloNews.
Polis yang masih menyiasat motif tembakan berkata bahawa adik Nabizada dan seorang lagi pengawal keselamatan cedera dalam serangan itu. Mereka juga diberitahu bahawa mangsa tidak mempunyai musuh. Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan dikatakan melarikan barang kemas dan wang dari rumah Nabizada.
Baca Juga:
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
“[Nabizada] tidak pernah menghadapi masalah dengan sesiapa pun. Saya tidak tahu sama ada motifnya berunsur politik atau tidak, tetapi setahu saya dia tidak mempunyai musuh,” kata kakak mangsa.
Justice for Mursal Nabizada and all women in Afghanistan. pic.twitter.com/0iZdhJhmrQ
— Amnesty International (@amnesty) January 16, 2023
Wanita berusia 30 tahun itu adalah salah seorang bekas pegawai pentadbiran terdahulu yang memilih untuk tinggal di Afghanistan selepas Taliban merampas Kabul pada 2021.
Semasa hayatnya, Nabizada terkenal aktif memperjuangkan keamanan dan berani mengkritik Taliban. Beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen pada 2019, pada masa yang sama beliau adalah ahli suruhanjaya pertahanan parlimen di Kabul.