Naib Juara Hero Remaja 2018 dan pelakon drama Cukup Derita Itu, Farhan Asri di katakan shopping sakan untuk Raya baru-baru ini! Farhan Asri di lihat mencuci mata di Pusat Borong Terbesar di Malaysia, GM Klang!

Apa yang Farhan borong sakan? Jom tonton video di bawah!

Rupanya itu kerja Farhan Asri di GM Klang, shopping sakan untuk Nasha! Tapi kenapa Farhan pilih GM Klang? Sebabnya Pusat Borong GM Klang yang terletak di bahagian selatan Klang merupakan destinasi borong yang menjadi pilihan utama peniaga-peniaga tempatan, pembeli harian dan juga pelancong!

Di bawah satu bumbung, Pusat Borong GM Klang menawarkan lebih dari 2,500 buah kedai untuk pengunjung, dan ianya merangkumi dari semua kategori produk seperti dekorasi rumah, persiapan perkahwinan, makanan, fesyen dan banyak lagi!

GM Klang memang terkenal dengan tawaran-tawaran yang sedia ada tetapi kalau beli borong, lebih jimat! Ini merupakan tarikan utama bagi pengunjung kerana ini dapat memberikan peluang kepada mereka semua untuk mula berniaga kecil-kecilan dengan kos yang rendah.

Jadi apa yang anda semua tunggu lagi? Bawalah keluarga dan kawan-kawan datang ke Pusat Borong GM Klang! Waktu operasi mereka ialah dari 10 pagi hingga 7 malam untuk hari biasa dan 10 pagi hingga 8 malam untuk hari minggu dan cuti umum. 

Tahukah anda bahawa harga tiket bas meningkat sehingga 20%? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Menjelang Aidilfitri, Harga Tiket Bas Ekspres Naik Sehingga 20%

Bangku Plastik Lewis Hamilton ‘Terjual’ Pada Harga RM2,888 Hanya Sekadar Jenaka?

‘Live’ TikTok Ketika Sesi Pembelajaran Di Sekolah, Netizen Mahu Guru Ini Dikenakan Tindakan