Pasangan pempengaruh terkenal, Alif Teega dan Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan salahguna wang derma awal yang dilaporkan bernilai lebih RM1.5 juta.

Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, di Mahkamah Sesyen pada hari ini.

Dalam pertuduhan yang dibacakan, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Alif Mohd Hazani, 30 dan Aisyah Hijanah atau nama sebenarnya Aisyah Hijanah Azhari, 26, didakwa menyeleweng wang derma awam itu bersama sama dan menggunakan wang itu untuk pelbagai tujuan.

Ini termasuk untuk projek infaq kurma, infaq al-quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, infaq pek makanan bagi fakir miskin di Mekah dan Madinah, infaq bantuan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dan sedekah set pakaian raya buat anak yatim – menurut laporan Buletin TV3.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di dua lokasi berbeza. Dan kesalahan dilakukan sekitar Mei 2011 sehingga Julai 2024.

Kedua dua tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang. Ikat jamin tersebut mengenakan syarat bahawa kedua dua tertuduh harus menyerahkan pasport mereka dan perlu melapor diri di pejabat SPRM dalam masa terdekat.

Pada Jumaat lalu, Alif mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menyeleweng wang Infaq lebih RM63,000 pada April dan Jun lalu.

Sebagai rekod, pada Julai lalum Alif Teega dan Aisyah Hijanah serta beberapa individu ditahan reman 4 hari untuk siasatan kes penyelewengan dana derma awam melalui platform JomDonate.

Reman kemudian dilanjutkan lagi selama 3 hari untuk membolehkan kes itu disiasat dengan lebih teliti.

Selepas keluar daripada tahanan reman, kedua dua pasangan tersebut menerima satu lagi kecaman daripada netizen kerana berkongsi pengalaman mereka sepanjang ditahan reman oleh SPRM. Dengan mereka menganggap mereka dilayan dengan baik dan tempat yang selesa.