Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila influencer terkenal Alif Teega mendedahkan telah bernikah buat kali kedua ketika isteri pertamanya sedang mengandung.

Susulan itu, pelakon Siti Khadijah telah meninggalkan komen di hantaran isteri pertama Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah dan memberikan kata-kata semangat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Aisyah awak layak menerima yang lebih baik, insya-Allah.” tulis Siti Khadijah.

Hal yang mencuri perhatian netizen apabila melihat Aisyah membalas komen berkenaan dengan mengatakan dirinya turut berharap akan menemui pasangan hidup yang lebih baik satu hari nanti.

“Saya sangat berharap suatu hari akan jumpa seseorang yang lebih baik apabila tiba waktunya.

“Untuk sekarang, saya akan cuba hadapi dan lalui semua masalah ini, terima kasih Khadijah.” balas Aisyah Hijanah.

Terdahulu, Alif Teega mengumumkan dia sudah bernikah lain kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. Malah, Aisyah juga mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya.