Kecoh sejak minggu lalu apabila influencer Alif Teega mendedahkan sudah berkahwin dengan isteri kedua sewaktu isteri pertamanya sedang mengandung lima bulan. Tindakan yang drastik tersebut telah mengejutkan ramai mengenai pilihan influencer tersebut.

Isu ini diburukkan lagi apabila tularnya laporan kesihatan Aisyah Hijanah selaku isteri pertama Alif yang dilaporkan mengalami kecederaan akibat dipukul di rumah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, sebuah lagi rakaman voicenote telah tersebar di mana terdapat suara Aisyah Hijanah yang memaklumkan kepada suaminya akan ke penjara gara-gara memukul beliau.

“Hari ini abang akan masuk lokap. Sebab abang hentak kepala abang dekat tepi kepala Aisyah tadi. Khadijah (anak) nampak” luah Aisyah Hijanah kepada suaminya dalam rakaman tersebut.

“Aisyah tak hormat abang sebagai suami” respon Alif Teega berdasarkan apa yang diperkatakan Aisyah.

Perkongsian yang tular satu persatu ini sekaligus membuatkan para netizen berteka-teki mengenai hubungan pasangan ini. Tidak kurang juga yang berpendapat Aisyah mungkin sedang mengumpul bukti di mahkamah menerusi tindakan yang dibuat Alif Teega.

Sebelum ini, adik Aishah Hijanah turut pernah berkongsi di media sosial memaklumkan anak Aisyah turut melabelkan Alif sebagai ‘baba jahat’ gara-gara pernah lihat ibunya dipukul sewaktu mengandung.