Sebelum ini kecoh di media sosial apabila influencer Alif Teega mendedahkan telah bernikah dengan isteri kedua dan muncul dakwaan bahawa dia pernah memukul isteri pertama, Aisyah Hijanah.

Susulan kekecohan tersebut, Aisyah Hijanah dalam satu hantaran di Instagram miliknya semalam akhirnya mengeluarkan kenyataan atas isu terbabit.

Baca Juga:

Menerusi hantaran terbabit, Aisyah mendedahkan segala aset harta sepencarian bersama suami termasuklah 100% saham syarikat, rumah, kereta dan lain-lain kini miliknya dalam satu perjanjian yang telah ditandatangani mereka.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure dan jaminan untuk diri dan anak-anak.

“Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yg terbaik. You have to control your emotion and stay calm. If not, everything will ruin.” tulis Aisyah

Aisyah juga menasihati golongan wanita di luar sana agar tidak terburu-buru dalam membuat keputusan seperti menuntut penceraian sebaliknya perlu mengambil kira apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Dalam pada itu, Aisyah turut berterima kasih kepada Alif kerana memberi kerjasama yang baik dan mendoakan agar mana-mana wanita yang kini menempuhi ujian yang sama diberikan kekuatan.