Sebelum ini, adik Aisyah Hijanah telah mendedahkan bahawa kakaknya pernah dipukul oleh suami, Alif Teega dan baru-baru ini tular laporan perubatan Aisyah di media sosial.
Susulan itu, Alif dalam satu kenyataan di Instagram Story miliknya telah tujukan kenyataan kepada adik iparnya itu agar berhenti mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan fitnah.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Difahamkan, dia sudah meminta abang-abang Aisyah untuk menegur Amirul Adni agar hentikan perbuatannya itu. Tambahnya, tindakan adik Aisyah menyebarkan fitnah di media sosial seolah-olah mahu melihat pasangan itu bercerai.
Malah, Alif turut mengatakan bahawa sebelum ini Amirul tidak pernah bertanya secara empat mata mengenai isu rumah tanggannya tetapi kini ‘berlagak’ seperti tahu semua perkara. Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan oleh Alif beberapa minit ia dimuat naik.