Penyampai radio Suria FM, DJ Lin mendedahkan bahawa dirinya kehilangan suara dan berdepan masalah kesihatan sehingga ke hari ini sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada 2016.

Menurut laporan, pada mulanya dia tidak mahu mengaitkan penyakit dihidapi dengan unsur mistik tetapi kesengsaraan yang dihadapi tidak tertanggung dan memaksanya mencuba cara rawatan Islam atas saranan keluarga, rakan-rakan serta peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.

“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.

“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.” ujar DJ Lin.

Sementara itu, mufti dari Singapura itu memberitahu bahawa badannya sudah rosak dan akan sembuh jika dia meninggalkan dunia radio. Akan tetapi, DJ Lin berkata dia akan terus bekerja dan menaikkan lagi nama Suria FM.