Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin akan mengadakan sidang media pada Jumaat akan datang bagi menjelaskan isu penamatan kontrak Tyzo.
Sebelum ini pelbagai spekulasi yang melanda DJ Lin selepas Tyzo meninggalkan stesen radio itu.
Baca Juga:
- ‘Kau Aniaya Tyzo Dari Awal’ – DJ Anne Petik Individu Busuk Hati
- Netizen Kecewa Suria FM Tak Sambung Kontrak Tyzo
- Tyzo: “Jangan Spin Cerita Selepas Ini, Saya Tak Redha”
Tyzo sendiri menyatakan bahawa dia tidak redha dengan pemergiannya kali ini. Dan sudah mengingatkan agar tidak ada pihak yang memutar belit cerita selepas ini.
Tyzo menegaskan bahawa dia masih mahu bekerja dengan Suria FM terutama sekali sebagai seorang ayah yang ada tanggungan, namun segalanya di luar bidang kuasanya.
Tyzo turut menyindir bahawa, ini adalah harga yang dia patut bayar setelah membawa pulang trofi Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.
Seorang lagi rakan penyampai radio, DJ Anne pula menuduh ada seseorang yang menjadi dalang kepada semua ini. Individu tersebut dituduh sudah lama menganiayai Tyzo.
‘Kau Aniaya Tyzo Dari Awal’ – DJ Anne Petik Individu Busuk Hati
Ramai peminat menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Bagaimana Suria FM boleh membuang penyampai radio yang membantu meningkatkan populariti radio tersebut.
Ada juga yang mengancam mahu memboikot stesen radio tersebut. Netizen turut menyerang laman media sosial milik DJ Lin.
Terdapat banyak tuduhan ditujukan kepada DJ Lin selaku Pengurus Besar Suria FM. Di mana segelintir pihak menuduh DJ Lin sebagai orang yang bertanggungjawab di atas penamatan kontrak tersebut.
Bercakap kepada Kosmo Online, DJ Lin menegaskan buat masa ini dia mengambil pendirian menutup mulut sehinggalah sidang media rasmi dibuat pada Jumaat akan datang.
DJ Lin menyatakan bahawa: “Insya-Allah, kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.”