DJ Lin rasminya menjadi penyampai radio paling dipercayai rakyat Malaysia untuk tahun 2024.

Penyampai radio popular, DJ Lin mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam bidang penyiaran apabila dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia oleh Anugera Reader’s Digest Trusted Brand 2024.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini adalah kali keempat berturut turut DJ Lin, yang juga Pengurus Besar Suria FM meraih gelaran tersebut.

DJ Lin bagaimanapun tidak hadir ke acara anugerah tersebut kerana masih berada di tanah suci untuk menunaikan umrah.

DJ Lin sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan juga pihak yang menyokongnya. Ini termasuk Suria FA dan pengurusan Star Media Group Berhad.

Dipetik dari Media Hiburan, DJ Lin berkata: “Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.

“Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini.”

DJ Lin percaya bahawa anugerah dan kepercayaan daripada peminat akan menaikkan lagi semangatnya dan menjadi inspirasi untuk dia terus memberikan yang terbaik kepada industri radio di Malaysia.

Sebagai info, anugerah ini adalah hasil daripada kajian bebas oleh Catalyst Research yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

Kajian melibatkan 200 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Pihak Star Media Group beberapa bulan lalu mendedahkan bahawa ‘rating’ segmen DJ Lin sentiasa tinggi.

Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata: “Macam mana nak menentukan seseorang penyampai itu bagus atau pun tidak adalah dengan mengenal pasti data para pendengar iaitu ‘listenership’.

“Berdasarkan data ‘listenership’ yang saya tengok setiap minggu, yang paling tinggi sekali ialah sama ada DJ Lin atau pun Cik Piah.

“Kedua-dua penyampai ini boleh dikatakan kedudukan mereka sentiasa teratas dan sering berlumba-lumba pada setiap minggu.”