Siapa sangka, di sebalik wajah muda dan tenaga yang disangka meluap-luap, tersimpan ‘rahsia’ kesihatan yang membimbangkan. Pepatah ada mengatakan ‘muda hanya sekali’, namun bagi sekumpulan pekerja Gen Z ini, usia muda bukan lagi jaminan tubuh yang sasa.

Kisah seorang majikan yang tular baru-baru ini bukan sekadar tentang ketegasan seorang bos, tetapi tentang sebuah kesedaran yang mengejutkan bahawa sakit kronik tidak lagi mengenal angka pada kad pengenalan.

Kisahnya bermula dengan sakit pening yang melampau selepas memakan juadah kambing. Tidak mahu ia berlarutan, kesemua pekerja muda itu diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Majikan itu dalam masa memberi teguran agar pekerja yang terkesan untuk memperbaiki gaya hidup dek kerana dipercayai terlalu awal untuk menghadapi penyakit seperti orang yang berusia.

“Lepas tu bos tegur, tingkatkan gaya hidup. Awal sangat dapat sakit orang berumur,” ujarnya.

Sebaik mendapatkan semula keputusan pemeriksaan, alangkah terkejut apabila tiga daripada pekerja muda itu didapati mempunyai komplikasi penyakit yang serius.

Untuk kes pertama, ujian fungsi hati menunjukkan purata bacaan yang ‘bold’, secara umumnya itu adalah petanda bahawa bacaan tersebut berada di luar julat normal yang mana dalam kes ini terlalu tinggi.

Doktor telah panggil pesakit untuk penelitian selanjutnya dan memberi nasihat tentang pengambilan makanan seimbang dan gaya hidup yang sihat. Bahkan, pelan juadah harian juga diberikan dalam meningkatkan tahap kesihatan individu berkenaan.

Sementara kes dua pula berkait dengan kadar kolesterol yang tertinggi sehingga diberikan pilihan sama ada mahu mengubah gaya hidup atau bergantung dengan ubat untuk menyeimbangkan semula kolesterol di dalam tubuh badan.

Kes terakhir juga memperlihatkan situasi kesihatan yang serius di mana terdapat kesan radang buah pinggang serta penapis sudah bocor, ini sebenarnya adalah bahasa kiasan yang sering digunakan oleh doktor untuk menjelaskan keadaan Proteinuria(kehadiran protein dalam air kencing) agar pesakit lebih mudah faham.

@sweetcarcrash_

Improve lifestyle.. then your body will happy.. ❤️.. out of balence, error wil come.. anda bagaimana? #genzlifestly #genzmadnor #medicalcheckup #balencediet #kitacekbaliklepas3bulan

♬ original sound – 🎹 Aji – mtriaji

Pendedahan berikutnya yang membuatkan orang ramai tergamam apabila pemilik akaun mendakwa mereka baru sahaja berusia 24 tahun namun disebabkan rutin menikmati minuman dan makanan viral di bangku universiti kini menunjukkan akibatnya di kemudian hari.

Seorang warganet menjelaskan pesakit hati itu mempunyai masalah berlemak susulan bacaan keputusan ujian fungsi hati menunjukkan bacaan ALT yang tinggi. Disangkakan angkara tidak menjaga pemakanan sahaja, rupanya pesakit itu didakwa kerap memakan pain killer dan ubat selsema sebagai ganti ubat tidur.

Perkongsian realiti sebenar tahap kesihatan generasi muda pada hari ini sudah cukup menjadi satu teguran jelas untuk orang ramai bahawa penyakit serius boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur.

Lakukanlah pemeriksan kesihatan untuk mengenalpasti tahap kesihatan sebenar tubuh badan kita dan paling utama sekali amalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam secara rutin serta pemakanan yang seimbang.