Malaysia telah diletakkan sebagai negara kedua terburuk di dunia selepas menolak dan tidak menyokong secara terang-terangan hak transgender, lapor Indeks Hak Trans Global yang dikeluarkan baru-baru ini.

Untuk menjalankan kajian, markah telah diberi atau dipotong berdasarkan perlindungan negara terbabit mengenai hak-hak sedia ada untuk golongan LGBTQ+. Seperti hak bekerja, perlindungan undang-undang, keganasan, diskriminasi dan kadar kematian transgender.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malaysia diberi markah -105 dan penarafan serendah ‘F’ dengan laporan yang dikeluarkan oleh penyelidik Asher dan Lyric Fergusson menyebut bahawa golongan trans menghadapi halangan di negara ini dan menjadi sasaran polis.

“Malaysia, Arab Saudi, Malawi, dan Emiriah Arab Bersatu adalah negara yang paling teruk bagi orang trans. Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai perlindungan pekerja, diskriminasi, dan [dianggap] penjenayah, dan ‘berpakaian silang’ dihukum dengan penalti sehingga penjara di lapan daripada 10 negara paling teruk bagi orang trans,” kata kajian itu.

Yahoo News
Guyana disenaraikan sebagai negara yang paling teruk bagi masyarakat trans kerana pembunuhan yang tinggi ke atas kumpulan yang menyeleweng dari hukum alam, kata kajian itu. Lima negara terbaik untuk komuniti transgender telah disenaraikan sebagai Malta, Portugal, Kanada, Sweden dan Bolivia.

Negara jiran Malaysia bernasib lebih baik dengan Thailand berada di kedudukan 66 daripada 203 negara, Singapura di 109, Indonesia (115) dan Brunei (192).

Hak transgender kekal tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, dengan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini merampas lebih 100 jam tangan dari pembuat jam tangan terkenal Switzerland, Swatch, kononnya disebabkan mempunyai kaitan dengan pergerakan hak LGBTQ+.

Sumber