Semasa berucap di Sesi Rangkaian Perniagaan Sarawak di Indonesia (Sarawak Business Networking Session Roadshow to Indonesia), Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat kepada 2.68 juta tahun ini.

Menurut beliau, penambahan angka tersebut didorong penambahan aksesibiliti udara dan laut di antara kedua-dua negara, petik Astro Awani.

Baca Juga:

Tambah beliau lagi, kini terdapat 550 penerbangan setiap minggu yang dioperasikan oleh syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Batik Air dan Transnusa Airlines.

“Selain itu, akses melalui laut dari Medan, Pekanbaru, Batam dan Nunukan ke Malaysia serta laluan darat dari Pontianak ke Kuching, Sarawak juga terus bertambah,” katanya.

Terdahulu, Syed Md Hasrin berkata seramai 1,037,450 pelancong Malaysia berkunjung ke Indonesia pada 2022.

“Saya yakin dengan menjaga hubungan baik dan kerjasama dua hala yang terus ditingkatkan, khususnya dalam hal aksesibiliti, maka industri pelancongan kedua-dua negara dapat semakin berjaya di masa depan,” ujarnya.

Sumber