Perlawanan terakhir peringkat kumpulan E antara Malaysia menentang Korea Selatan terpilih bagi anugerah perlawanan terbaik peringkat kumpulan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini.

Aksi peringkat kumpulan sudahpun tamat dimana sebanyak 16 pasukan mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya dan lapan pasukan termasuk Malaysia telah tersingkir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Diwarnai dengan drama, perlawanan dengan gol yang banyak serta kekecewaan untuk sesetengah pasukan menjadi perasa bagi saingan peringkat kumpulan temasya edisi kali ini.

AFC telah memilih enam perlawanan dimana mereka meminta peminat untuk mengundi bagi menentukan aksi mana yang layak untuk dipilih sebagai perlawanan terbaik peringkat kumpulan.

Antara perlawanan yang dipilih ialah ketika Jepun menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-1. Seterusnya, perlawanan antara Tajikistan menentang Lebanon yang menyaksikan Tajikistan menang dengan keputusan 2-1.

Aksi antara Arab Saudi menentang Oman turut terpilih yang menyaksikan skuad bimbingan Roberto Mancini itu menang dengan keputusan 2-1.

AFC turut memilih perlawanan antara Iraq menentang Jepun yang menyaksikan Lions of Mesopotamia memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Aksi yang melibatkan dua pasukan Asia Tenggara iaitu Indonesia dan Vietnam turut dicalonkan yang mana skuad Garuda muncul sebagai pemenang dengan keputusan 1-0.

Akhir sekali, perlawanan antara Malaysia menentang Korea Selatan yang berkesudahan dengan keputusan 3-3 menjadi aksi terakhir yang dicalonkan oleh AFC.

Sumber Gambar: AFC

Ketika artikel ini ditulis, perlawanan antara Indonesia menentang Vietnam sedang mendahului diikuti dengan aksi antara Malaysia menentang Korea.

Peminat boleh mengundi di sini bagi memilih perlawanan terbaik mereka.