Malaysia pulang dengan satu mata dari temasya Piala Asia 2023 Qatar apabila berjaya mengikat Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan E semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Al Janoub, skuad bimbingan Kim Pan-gon meraih keputusan 3-3 sekaligus mencatat mata pertama dalam temasya edisi kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kejayaan Malaysia mengikat Korea Selatan bukan sahaja dinikmati oleh rakyat negara ini tetapi juga mendapat perhatian media antarabangsa dimana mereka kagum pasukan yang berada di tangga ke-130 dalam ranking FIFA berjaya seri menentang pasukan di tangga ke-28.

Antara media antarabangsa yang membahas tentang perlawanan semalam ialah SPORTbible dimana mereka menyebut Son Heung-min seakan tidak percaya Malaysia boleh bangkit dan menjaringkan gol ketiga.

Selain itu, sebuah aplikasi yang menyediakan keputusan perlawanan dari saingan bola sepak seluruh dunia iaitu LiveScore turut memuat naik keputusan perlawanan semalam.

Lebih epik, akaun Troll Football di laman media sosial X menyamakan persembahan yang ditampilkan oleh pemain negara seperti pasukan Inter Milan ketika zaman pasukan itu memenangi UEFA Champions League (UCL) pada 2009/2010.

Selepas perlawanan semalam, peminat Korea mahu pengendali pasukan, Jurgen Klinsmann dipecat dengan segera kerana dianggap memalukan bola sepak negara itu.

“Bagaimanapun, saya tidak nampak apa-apa dengan Klinsmann, pecat dia” – kata penulis Liga Korea, Daegu Freak.

“Klinsmann telah musnahkan generasi emas ini dan dia langsung tidak peduli,” – kata wartawan Korea Selatan, Jason Lee.

“Sungguh memalukan bahawa lelaki ini jawapan kepada salah satu skuad terbaik yang pernah kami miliki selama bertahun-tahun. Tidak ada gunanya, persatuan bodoh ini hanya mementingkan wang.

“Tiada taktikal, lebih banyak senyuman setiap 90 minit daripada gol” tulis Cho.