Bendera Malaysia terus berkibar dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025 selepas tiga wakil negara meneruskan kemaraan ke separuh akhir.
Pasangan beregu campuran yang kembali disatukan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal beraksi menentang juara Terbuka Singapura iaitu Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Aksi kedua wakil negara pula menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah akan membuat perhitungan menentang pasangan muda China, Li Yi Jing-Luo Xu Min.

Manakala, Man Wei Chong-Tee Kai Wun memburu pentas final buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Terbuka Indonesia apabila bakal berhadapan dengan wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Kemaraan ke separuh akhir memberikan isyarat kem badminton negara kini berada di prestasi positif untuk bersaing hebat dengan negara kuasa besar lain.
Saingan Terbuka Indonesia 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berstatus Super 1000.

Jadual Penuh Separuh Akhir Terbuka Indonesia 2025 Libatkan Pemain Malaysia
1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lawan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (Thailand) – 1.00 Petang
2) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Li Yi Jing-Luo Xu Min (China) – 4.20 Petang
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani (Indonesia) – 7.40 Malam