Keith Sinclair ialah seorang pengembara dan pencipta kandungan (YouTuber) berusia 28 tahun yang berasal dari Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat.
Beliau terkenal kerana melakukan misi luar biasa mengelilingi dunia menggunakan kereta otot (muscle car) Dodge Challenger V8 (model 2016 Scat Pack berwarna ungu Plum Crazy).
Dalam siri jelajah globalnya yang telah melepasi lebih daripada 29 buah negara, Keith telah sampai ke Malaysia dan sempat melawat beberapa lokasi ikonik seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Bukit Fraser di Pahang.
Laporan media dan perkongsian videonya di Malaysia mula tular secara meluas pada pertengahan tahun 2025.
Jentera muscle car dengan warna yang cukup menonjol ini sekali lagi menjadi perhatian umum apabila dia membuat public stunt yang unik di tengah-tengah ibu kota baru-baru ini.
Menerusi video terkini, dia didapati dengan tenang memasak stik daging di atas hood yang telah diubah suai menjadi dapur mudah alih.
Sambil memasak daging stik itu dengan berlatar belakangkan menara berkembar Petronas ikonik pada waktu lewat petang, tuan badan didatangi oleh pihak polis dan orang ramai kerana senario yang unik untuk dilihat.
Dia turut berseloroh berkata “pelanggan” sedang menunggu masakan siap sebelum dinikmati oleh mereka. Pada masa itu, dia sedia mengagihkan potongan daging untuk dirasai oleh orang yang berada di sekitar kawasan itu.
Ramai teruja melihat akan kehadiran kenderaan itu apatah lagi kebolehan untuk berfungsi sebagai dapur mudah alih yang serba guna di khalayak ramai.
Bukan sekadar itu, kereta SRT itu sebenarnya telah diubah suai untuk menjadi sebuah rumah mobiliti yang lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti tempat penyediaan bahan mentah, pancuran mudah alih, paip air, katil dan storan yang lebih luas di dalam keretanya.
Kenderaan ini juga dilengkapi tank air yang menyimpan 75 liter untuk kegunaan seharian termasuk membersihkan badan atau mencuci pinggan dan tangan.
@sinclairs_search The American spirit of the V8 lives on with the help of @buforimotors 🇺🇸🇲🇾 I never imagined my muscle car could become so sustainable for a multi year roadtrip, but here we are. In a factory filled with MOPAR boxes, I guess Dodge still makes V8s. I always loved roadtripping with it, but now thanks to these new modifications from Bufori, a boutique custom car manufacturer, I can officially call it a home. Soon I’ll be announcing the next continent I intend to visit to connect further with humanity worldwide, using this car as a vessel for such connection. Thanks for watching 💜 #roadtrip #american #usa #dodge #musclecar
Hasil kerja syarikat Bufori telah menjadikan rumah bergerak impian dia menjadi realiti dan menariknya menjadikan ia satu-satunya kereta SRT Dodge Challenger di dunia yang mempunyai fungsi rumah yang lengkap.