Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia menentang Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini terpaksa dibatalkan ekoran negara dari Timur Tengah itu memilih untuk turun menentang pasukan lain.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman X dimana aksi persahabatan antara Malaysia menentang Arab Saudi sepatutnya berlangsung pada 3 Januari, seminggu sebelum sepak mula Piala Asia 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Arab Saudi lebih memilih untuk turun beraksi menentang Lebanon, Palestine dan juga Hong Kong sebagai persiapan terakhir sebelum melangkah ke Piala Asia.

Skuad kendalian bekas pengurus Itali, Roberto Mancini itu diletakkan dalam F bersama Thailand, Kyrgyzstan dan Oman dimana mereka turut menjadi pasukan pilihan untuk muncul juara dalam temasya edisi kali ini.

Ketika temasya Piala Dunia 2022, skuad Green Falcons berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan Argentina dengan keputusan 2-1 pada aksi pembukaan kumpulan C.

Akan tetapi, pasukan itu gagal mara ke pusingan seterusnya dimana mereka tewas kepada Mexico dan Poland dalam dua lagi aksi peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon kini perlu mencari alternatif lain bagi menggantikan Arab Saudi sebagai aksi pemanas badan terakhir sebelum beraksi di Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 12 Januari nanti.

Sebelum ini, selain Arab Saudi, satu lagi pasukan iaitu Oman dilaporkan menjadi pilihan untuk menguji kualiti serta kekuatan skuad kebangsaan sebelum beraksi di pentas besar.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan dimana pasukan negara akan memulakan kempen dengan turun menentang Jordan pada 15 Januari.

Malaysia akan turun menentang Bahrain dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pada 20 Januari sebelum menutup saingan dengan turun berdepan Korea Selatan pada 25 Januari.