Jabatan Perhutanan Perak mengumumkan kawasan pendakian Gunung Liang dalam daerah Perak Selatan telah ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta.

Penutupan itu sehingga suatu tarikh dimaklumkan kelak, petik kenyataan rasmi jabatan berkenaan.

Baca Juga:

Arahan penutupan dikecualikan bagi penganjuran program jabatan seperti Program Konservasi Trek Pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal.

Individu yang melanggar arahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan berpandukan Seksyen 47, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

Aktiviti Daki Gunung Liang Ditangguhkan Serta-Merta
Sumber Gambar: Jabatan Perhutanan Negeri Perak