Sebelum ini dilaporkan bahawa netizen mendakwa terdapat perubahan pada hidung Diana Danielle ketika dia menghadiri mahkamah untuk kes hadanah.

Susulan itu, Diana Danielle memilih untuk ‘kunci mulut’ berkaitan dakwaan tersebut dan mengakui bahawa ada masanya dia juga mempunyai perasaan tidak begitu yakin dengan penampilan dirinya.

Baca Juga:

“Pada akhirnya, saya berjaya mengatasi perasan kurang yakin itu cuma saya tak perlu saya justify atau terangkan dengan lebih detail macam mana saya mengatasinya

“Jadi kalau saya terangkan benda tu macam tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi kalau mereka sedar akan perubahan itu nak buat macam mana kan?” ujar Diana.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada Farid Kamil memilih untuk tidak menerangkan cara dirinya mengatasi perasaan kurang yakin itu.