Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Founder Misi yang mahu bangunkan Misi Farms dengan sasaran dana RM20 juta menjadi perhatian orang ramai menerusi usaha yang dilakukan.

Didakwa meragukan serta mendapat respon daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) antara yang membuatkan dana yang sudah menerima lebih RM400,000 sedia dipulangkan semula menerusi kredit kepada e-wallet.

Baca Juga:

Situasi menjadi lebih panas apabila difahamkan terdapat serangan hacker terhadap aplikasi Misi yang membantutkan proses refund dana tersebut kepada orang ramai.

Terbaharu, Founder Misi menerusi perkongsian di Facebook tampil mengakui kesilapan yang dilakukan beliau. Berikut dikongsikan tiga kesilapan yang diakui beliau selepas memilih untuk meneruskan juga Misi Farms sebelum ini.

1. Guna akaun yang betul untuk tujuan sumbangan

Founder Misi tampil menjelaskan penggunaan akaun Sdn Bhd bagi tujuan kutipan dana pada aplikasi Misi Farms. Difahamkan pihak syarikat Billplz sedia bantu sediakan sistem pembayaran terus ke Yayasan Misi Rakyat, walau bagaimanapun memerlukan masa.

Sebarang sumbangan beliau tutup terlebih dahulu buat masa ini dan memaklumkan akan membukanya semula pada platform lain.

2. Akui memilih jalan lawan arus

Founder Misi akui beliau seorang over confident serta bertindak seolah hero dengan membuat konten yang kontroversi dalam mendapat perhatian orang ramai. Hal ini membuatkan beliau tidak disenangi beberapa pihak.

3. Audit

Founder misi turut menjelaskan isu tuduhan melibatkan wang pengurusan 30% daripada dana. Menurutnya, amanah yang dipikul untuk menjayakan misi ini amat berat.

Oleh yang demikian, beliau wujudkan sistem yang transparent serta sedia untuk diuadit. Difahamkan audit bagi tahun 2022 sedang diuruskan oleh pihak akauntan dan akan dihantar kepada pihak audit. Beliau berjanji akan kongsikan laporan penuh audit tersebut.

Founder Misi memaklumkan sedia memaafkan orang ramai yang menegur serta mengkritik beliau. Beliau juga memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan yang dilakukan.Difahamkan beliau sedia mendapatkan nasihat pihak peguam terlebih bagi menjaga Misi bagi soal perundangan.

Setakat artikel ditulis, aplikasi Misi masih lagi gagal untuk diakses berikutan serangan hacker menurut dakwaan Founder Misi.