Mulai sesi persekolahan 2027, murid Tahap Satu akan diperkenalkan satu subjek baru bersepadu pelbagai disiplin.
Memetik Berita Harian, subjek tersebut dinamakan ‘Alam dan Manusia’.
Baca Juga:
- Anak Anda Bakal Belajar Dengan Dua Guru Dalam Satu Kelas Mulai 2027

- Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Pekerja Boleh ‘Work From Home’, Murid Belajar PdPR

- Bekas Murid Saman Sekolah Kerana Masih Tak Boleh Membaca, Menulis

Ia merupakan Pembelajaran Bersepadu dan bakal menggantikan empat subjek sedia ada iaitu Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Muzik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata subjek baru itu akan diajar menggunakan kaedah pengajaran berpasukan. Dua orang guru wajib mengajar dalam satu kelas secara serentak.
“Mata pelajaran ini menggabung jalin pelbagai disiplin ilmu; Sains, Pendidikan Kesihatan, Muzik, Seni Visual, TVET dan Digital.
“Ia menggantikan mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada. Dilaksanakan menerusi kaedah pengajaran berpasukan.
“Pengajaran berpasukan menyokong elemen pelbagai disiplin ilmu dalam mata pelajaran ini – guru saling melengkapi dan menyokong keperluan pembelajaran murid.
“Pada Tahap I, tumpuan utama diberi kepada penguasaan literasi dan numerasi (3M) serta pembentukan karakter.
“Justeru, jumlah mata pelajaran yang diajar adalah minimum bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas,” kata kementerian itu.
Memetik laporan itu lagi, kaedah itu dapat menyokong keperluan pembelajaran individu pelajar, menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.