Pada 2022, Twitter, platform media sosial terkenal dengan logo burung biru, bertukar hak milik apabila jutawan terkenal Elon Musk secara rasmi membeli platform itu dengan harga AS$44 bilion.

Bagaimanapun, apa yang bermula sebagai langkah ‘bercita-cita tinggi’ untuk menguasai platform berpengaruh itu bertukar menjadi siri kontroversi yang menggegarkan dunia media sosial.

Baca Juga:

Sebuah buku baharu bertajuk Battle for the Bird yang ditulis oleh Kurt Wagner dan diterbitkan oleh Bloomberg menggambarkan perebutan kuasa di Twitter dan peranan penting yang dimainkan oleh rungutan peribadi Musk.

Elon Musk, seorang tokoh kontroversi dan berpengaruh dalam dunia teknologi, membeli Twitter dengan mendakwa bahawa kononnya beliau mahu memberikan ‘kebebasan bersuara.’

Bagaimanapun, melalui hasil siasatan Kurt, beliau mendedahkan bahawa motif peribadi juga memainkan peranan yang besar membuatkan Musk membeli Twitter.

Difahamkan bahawa akaun Twitter @elonjet milik seorang mahasiswa bernama Jack Sweeney, yang ‘hobinya’ mengintip kehidupan peribadi selebriti dan mengesan jet peribadi Musk, menjadi sebab kenapa pemilik Tesla itu bertindak membeli Twitter.

Sweeney, dengan akaun Twitternya @elonjet, bukan sahaja mengintai jet peribadi Musk tetapi juga Taylor Swift. Walaupun hanya menyediakan maklumat penerbangan, namun akaun itu menjadi punca dan membuatkan Musk merasa tidak selesa.

Walaupun Musk sebelum ini memuji komitmen Sweeney terhadap kebebasan bersuara, bagaimanapun selepas mendapat kuasa di Twitter, Musk telah mengharamkan akaun @elonjet.

Tindakan ini menimbulkan persoalan tentang konsistensi Musk dengan prinsip kebebasan bersuara.

Cara Musk mendapatkan Twitter bukan sahaja menarik perhatian media, tetapi juga menimbulkan persoalan tentang motivasi dan impaknya.

Walaupun Musk menyebut kebebasan bersuara sebagai sebab utama pembelian, tindakannya terhadap akaun @elonjet menimbulkan keraguan terhadap konsistensi dan motivasinya.

Selain itu, ini juga adalah sebahagian cara Musk untuk ‘menghancurkan’ Twitter dan menjenamakannya semula dengan nama X.

Selain itu, langkah ini juga dilihat sebagai gangguan kepada tumpuannya pada projek lain seperti Tesla, SpaceX dan xAI.