Alejandro Garnacho lepaskan kemarahannya dan menyindir Ruben Amorim secara terbuka

Pemain sayap asal Argentina itu tidak ada berlapik lapik dalam mengkritik Ruben Amorim yang hanya menurunkannya  20 minit dalam aksi final Europa League semalam.

Analisis: Kelemahan Struktur Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan United Di Tangan Spurs

Komen itu membuatkan peminat percaya masa depan Alejandro Garnacho di United mungkin sudah berakhir. Dengan pemain itu sendiri memberikan bayangan bahawa dia sudah sedia meninggalkan kelab itu.

alejandro garnacho

Dalam kenyataan pedas Garnacho di hadapan wartawan, pemain itu mempersoalkan kenapa dia tidak diturunkan dalam kesebelasan utama sebaliknya Mason Mount?

Tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati keputusan pengurus, malah tidak menghormati rakan sepasukannya sendiri iaitu Mason Mount.

Garnacho berkata: “Sehingga ke final, saya telah bermain setiap pusingan dan membantu pasukan, dan hari ini saya bermain 20 minit, saya tidak tahu.”

Garnacho kemudian kecewa dengan prestasi United musim ini yang menurutnya seperti sampah.

“Prestasi kami musim ini macam sampah. Kami kalah dalam final, dan kami tak mampu kalahkan sesiapa pun dalam Liga Perdana Inggeris,” tambah pemain itu.

Tentang masa depannya, dia terbuka untuk mempertimbangkan tawaran kelab lain. Dia berkata: “Saya akan menikmati musim panas dahulu, dan selepas itu kita akan tengoklah macamana nanti.”

Ruben Amorim ternyata tidak gembira dengan komen Garnacho. Pengurus itu mempertahankan tindakannya untuk menurunkan Mason Mount di kesebelasan utama.

Ruben Amorim pertahankan pemilihannya dan sindir balik Alejandro Garnacho

Amorim  turut mengungkit kegagalan Garnacho menjaringkan peluang terbuka  ketika aksi separuh akhir.

“Berapa kali kita mengadakan perbualan ini, dan ia adalah sebaliknya? Beberapa orang pemain yang masuk [dari bangku simpanan], seperti Mason Mount, menentang Bilbao dan mengubah permainan.

ruben amorim

“Jadi sekarang ia mudah untuk dikatakan. Siapa yang terlepas peluang besar pada separuh masa pertama menentang Bilbao? Ya [Garnacho]. Sudah tentu, sekarang mudah untuk kami bercakap tentang banyak pandangan.

“Saya hanya melihat pada permainan dan cuba menguruskan sesuatu dan memperbaiki pasukan dan cuba memenangi perlawanan. Saya boleh melihatnya dari dua arah. Saya ingat segala-galanya tentang masa lalu jadi mudah untuk saya menjawab soalan itu.”

Alejandro Garnacho dijangka akan dibenarkan untuk meninggalkan kelab itu musim panas ini, dengan syarat United menerima tawaran yang memuaskan.

Ada beberapa pasukan yang sebelum ini berminat dengan Garnacho.

Ini bukan pertama kali Alejandro Garnacho tidak menghormati pengurusnya. Sebelum ini dia mengetik tanda suka pada hantaran media sosial peminatnya yang mempersoalkan tindakan Ten Hag mengeluarkannya pada separuh masa.

Garnacho kemudian tampil memohon maaf terbuka kepada Ten Hag. Dan pengurus itu memaafkan Alejandro Garnacho.

Ten Hag juga pernah dilaporkan tidak gembira dengan Garnacho yang dianggap malas bertahan atau terlibat dalam permainan berpasukan. Namun pengendali Belanda itu menganggap Garnacho masih muda dan perlu diajar.