Pemain tengah Selangor, Alex Agyarkwa memberi bayangan beliau bakal berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Alex diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjadi mangsa terjahan keras yang dilancarkan oleh pemain lawan.

Baca Juga:

Sebelum separuh masa pertama berakhir, Alex terpaksa dikeluarkan ekoran tidak dapat melanjutkan permainan dimana beliau digantikan dengan Reziq Bani Hani.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Alex berkongsi gambar hasil MRI di bahagian kaki yang menunjukkan beliau mengalami kecederaan tulang yang serius.

Alex Agyarkwa

Meskipun tidak menjelaskan mengenai keadaan semasa kakinya, namun boleh dilihat pemain import dari Ghana mengalami kecederaan retak tulang kaki dan beliau bakal berehat panjang.

Ini bukanlah satu berita baik bagi Selangor kerana Alex Agyarkwa merupakan salah seorang pemain terbaik pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Alex tampil cemerlang di bahagian tengah dimana beliau mempunyai kemampuan untuk menggerakkan bola dari bahagian tengah selain kualiti mengawal tempo permainan yang baik.

Tambahan pula, skuad kendalian Nidzam Jamil bakal menghadapi saingan bola sepak Asia dimana mereka akan memulakan kempen AFC Champions League 2 (ACL2) pada September nanti.

Selangor dilihat tidak akan membawa masuk pemain baharu di bahagian tengah memandangkan mereka mempunyai pemain seperti Nooa Laine, Noor Al-Rawabdeh, Alif Haiqal Lau dan Yohandry Orozco.