Berbaki lebih kurang sebulan sebelum temasya Piala Asia 2023 di Qatar bermula, pengendali skuad kebangsaan Thailand, Alexandré Pölking memutuskan untuk meninggalkan pasukan itu dengan serta-merta.

Perkara ini diumumkan oleh FA Thailand pada Rabu lalu dimana faktor utama mengapa mereka memutuskan untuk berpisah dengan Polking adalah prestasi tidak menentu pasukan dalam aksi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang baru dua perlawanan dihadapi setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada perlawanan pembukaan saingan kelayakan, skuad Gajah Perang tewas kepada China dengan keputusan 2-1 namun berjaya bangkit pada perlawanan kedua dengan menewaskan Singapura dengan keputusan 3-1 pada Selasa.

Kemenangan ini tidak cukup dimana pengurusan pasukan memutuskan untuk berpisah dengan Polking dan melantik Masatada Ishii, jurulatih dari Jepun berusia 56 tahun yang membimbing Buriram United merangkul kejuaraan Thai League 1 pada musim 2022 dan 2023.

“Terima kasih di atas kerja keras dan segala usaha selama dua tahun terakhir. Perjalanan yang penuh cabaran, namun kita berjaya hadapi setiap rintangan yang ada. Terima kasih untuk dua kejuaraan Piala AFF yang mana itu hadian bagi rakyat negara ini. Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.

“Untuk langkah seterusnya, kami perlu memilih ketua jurulatih yang sudah sebati dengan pasukan bola sepak kebangsaan Thailand, jadi kami memilih Ishii yang sangat berpengalaman,” kata pengurus pasukan, Nualphan Lamsam di media sosial Facebook miliknya.

Selama lebih dua tahun mengendalikan Thailand, Alexandré Pölking membantu pasukan itu memenangi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada edisi 2020 dan 2022 dengan menewaskan Indonesia dan Vietnam di perlawanan akhir.

Polking sendiri mengesahkan beliau mahu berehat seketika dari saingan bola sepak dan tidak akan menyertai mana-mana pasukan.