Seorang individu yang dikenali sebagai Ali Rohingya dicekup polis selepas terlibat dalam kegiatan menyeludup pendatang asing tanpa izin.
Ali Rohingya yang dipercayai ketua Geng Ali telah menyeludup PATI warga Myanmar di Kelantan.
Baca Juga:
- Ratusan Pelajar Serbu Kem, Desak Pelarian Rohingya Dihantar Pulang Dengan Segera
- Anak Kecil Warga Rohingya Jadi Mangsa Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia
- Presiden Hak Asasi Rohingya Malaysia: “Kami Bukan Nak Ambil Negara Kamu”
Dia menjadi tekong yang akan memberikan tempat menumpang PATI di Kelantan sebelum dihantar ke Kuala Lumpar.
Geng Ali terlibat aktif dalam aktiviti pemerdagangan manusia itu sejak 6 bulan lalu.
Sindiket itu turut dibantu seorang lagi lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai Rahim yang berperanan mengatur pergerakan warga asing.
Namun kegiatan mereka berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi Pasukan Taktikal Khas Imigresen (Pastak) dalam Op Khas di sekitar Kota Bharu, Sabtu lalu.
Dipetik daripada sumber Buletin TV3, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata: “Berdasarkan maklumat risikan, pasukan serbuan mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Wakaf Che Yeh di Kota Bharu.
“Susulan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri pihak berkuasa, suspek bertindak memecut laju dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi.
“Tindakan pantas anggota Pastak berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang utama sindiket ini.”
Ruslin menambah, pemeriksaan lanjut ke atas kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek telah membawa kepada penemuan 3 wanita dan seorang lelaki warga Myanmar yang berusia 19 sehingga 21 tahun.
Susulan daripada penahanan Ali, pasukan serbuan menyerbu rumah di sekitar Pengkalan Kubor, Kota Bharu.
Ruslin berkata lagi: “Serbuan berjaya menangkap Rahim yang disyaki orang kanan Ali dan turut menahan empat lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 16 hingga 27 tahun.
Hasil siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah dengan menyeludup secara haram PATI warga Myanmar melalui laluan haram di sempadan pada waktu malam.
Mereka kemudian diletakkan di rumah tumpangan sementara sebelum dihantar ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekpress untuk mengaburi pihak berkuasa.
Mereka mengenakan bayara sekitar RM500 sehingga RM1,000 untuk setiap seorang PATI.
Penangkapan Ali dan Rahim ini dianggap satu lagi kejayaan menumpaskan aktiviti penyeludupan PATI di Kelantan.
Datuk Ruslin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan di ambil ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.