Ratusan pelajar universiti di wilayah paling Indonesia menyerbu tempat perlindungan sementara untuk lebih 100 orang pelarian Rohingya di Banda Aceh kelmarin, memaksa mereka untuk pulang ke negara asal.
Ia susulan peningkatan ketegangan antara masyarakat setempat dengan kumpulan pelarian tersebut yang memasuki Indonesia dalam jumlah yang ramai.
Baca Juga:
- Presiden Hak Asasi Rohingya Malaysia: “Kami Bukan Nak Ambil Negara Kamu”
- Pelarian Rohingya Di Aceh Merungut Nasi Tak Cukup, Netizen Indonesia Naik Angin
- Ronaldo Bertemu Kembali Mangsa Tsunami Aceh Yang Diselamatkannya Kerana Shopee
Rakaman video menunjukkan kumpulan pelajar tersebut berlari ke ruang bawah bangunan yang menempatkan kumpulan pelarian itu sehingga menyebabkan mereka ketakutan.
Rakaman itu menunjukkan pelajar melaungkan ‘halau mereka’ dan ‘tolak Rohingya di Aceh’. Para pelajar juga dilihat menendang barang-barang milik Rohingya. Beberapa wanita dan kanak-kanak menangis manakala lelaki yang sedang solat memandang ke tanah.
“Kami membantah kerana kami tidak bersetuju dengan Rohingya yang terus datang ke sini,” ulas Kholilullah, pelajar universiti berusia 23 tahun kepada AFP.
Lebih 1,500 pelarian Rohingya tiba di pantai wilayah Aceh sejak pertengahan November, dan menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai penghijrahan terbesar selama lapan tahun. Beberapa bot mereka disekat oleh penduduk tempatan dan dalam beberapa kes telah diusir kembali ke laut.
Kehadiran kumpulan minoriti ini ditolak di Indonesia apabila penduduk tempatan semakin kecewa dengan peningkatan ketibaan jumlah bot haram.