Pelakon dan model Alicia Amin menyokong cadangan ayahnya, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar yang mahukan pelajar bukan bumiputera diterima masuk di UiTM.

Alicia menegaskan bahawa, ayahnya yang juga pengamal perubatan membuat cadangan itu demi kebaikan negara. Di mana ayahnya merasakan langkah itu akan mengatasi masalah kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan.

Baca Juga:

Ayahnya seorang doktor yang hanya memikirkan soal menyelamatkan nyawa tanpa mengira bangsa dan agama.

Alicia Amin menegaskan bahawa, ayah dia bukan seorang yang rasis, sebab itu dia percaya kepada sistem yang memberikan peluang sama rata kepada semua termasuk kemasukan di UiTM.

Dipetik dari Beautifulnara, Alicia Amin berkata: “Bapa saya bukan seorang yang rasis. Beliau percaya dengan peluang sama rata.

Kenyataan daripada ayahnya sebelum ini tular. Ramai pihak yang berbelah bagi pendapat tentangya. Ramai juga yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kerana UiTM adalah hak eksklusif bumiputera.

Lantas Alicia berkata lagi: “Sesuatu benda itu memperjuangkan siapa-siapa (tanpa mengenal warna kulit atau kaum), itu yang beliau perjuangkan. Malaysia perlukan doktor yang mencukupi sekarang ini.

“Bapa saya berpindah dari sektor swasta ke sektor kerajaan, tidak fikir tentang wang hanya untuk berkhidmat pada kerajaan. Dulu kami hidup T20 tapi apabila saya meningkat remaja, saya tak lagi hidup semewah dahulu. Itu pengorbanan bapa saya sebagai seorang doktor.”