Sebelum ini, Bonda Rozita membuat hantaran berisi teguran buat anak lelakinya, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai muzik video raya terbaharu, Love Raya yang dianggap keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak umat Islam.

Akur dengan permintaan ibu kesayangannya, Aliff Syukri telah pun memadam MV raya tersebut di setiap platform dan sempat memohon maaf jika ia dianggap keterlaluan.

Baca Juga:

Dalam pada masa yang sama, usahawan sensasi itu juga mengakui berasa kecil apabila ramai yang memberi respon negatif mengenai lagu rayanya pada tahun ini.

“Memang saya kecil hati. Saya dah buat susah-susah, saya dah puluhan ribu ribu untuk penari, videographer semua..”, kongsinya.

Tambahan Aliff lagi, disebabkan teruk dikecam oleh netizen, sedikit sebanyak dia berasa down melihat komen-komen yang dilontarkan sedangkan baginya, ramai lagi yang membuat video-video pelik tetapi tidak dikecam.

“Kepada mak saya dan semua netizen yang melihat video itu, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Memang kecil hati, saya dah buat susah-susah dah bayar puluhan ribu tapi you all yang tak tengok video klip tu dah kecam melampau-lampau.

“Tak nak bersedih, saya salahkan diri saya. Saya dah delete video tu… padahal ramai yang buat video pelik-pelik di luar sana tapi tak jadi isu,” katanya.

Tidak mahu salahkan mana-mana pihak, Aliff mengambil seluruh kesalahan di atas bahunya dan memilih untuk padam muzik video raya berkenaan.

Sementara di ruangan komentar, netizen pula meluahkan rasa meluat dengan sikap Aliff Syukri yang sentiasa membuat kontroversi pada setiap kali raya.