Beberapa lagi kejutan dapat disaksikan pada hari kedua saingan All England 2026 yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham semalam.
Tiada kejutan tersingkir dihadapi oleh wakil negara, sebaliknya Kang Khai Xing-Aaron Tai beraksi cemerlang untuk menghantar bekas pasangan ranking nombor satu dunia pulang lebih awal.
Kejutan Besar Di Hari Kedua All England 2026
Gandingan muda yang pertama kali membuat penampilan dalam All England itu tidak menghiraukan status hebat Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty selaku pilihan keempat kejohanan untuk meraih kemenangan 23-21, 21-12.

Gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang merupakan pilihan ketujuh turut hampa selepas tewas kepada pasangan adik beradik dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov 12-21, 12-21.
Dalam acara beregu wanita pula menyaksikan pilihan ketujuh dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min tunduk kepada gandingan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 15-21, 17-21.
Manakala kejutan turut dapat disaksikan dalam perseorangan wanita selepas pilihan kelima, Han Yue dari China ditewaskan pemain Jepun, Riko Gunji 22-20-17-21, 18-21.
Ratchanok Intanon yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan tidak dapat meneruskan perjuangan selepas terpaksa menarik diri susulan kecederaan dialami.
Lebih perit, bintang Thailand itu menang 21-12 pada set pertama tetapi terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 6-11 pada set kedua.
Manakala, pemain-pemain pilihan seperti Shi Yuqi, Anders Antonsen, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Mathias Christiansen-Alexandre Boje tersingkir pada aksi hari pertama All England 2026.