Kejohanan Badminton All England 2026 bakal bermula 3 Mac ini yang menarik kehadiran barisan pemain-pemain terbaik dunia untuk berentap di Utilita Arena Birmingham.
All England bukan sahaja merupakan kejohanan badminton tertua di dunia, tetapi juga menjadi salah satu pertandingan yang paling berprestij.
Dengan sejarah yang bermula sejak 1899, kejohanan ini terus menjadi medan bagi atlet terbaik dunia untuk menguji kebolehan mereka dalam kesemua lima acara dipertandingkan.
Malah, ia merupakan kejohanan berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).
Sudah menjadi impian kesemua pemain untuk mengungguli saingan All England dan ia tidak terkecuali buat pemain Malaysia.
Lee Zii Jia menjadi wakil terakhir Malaysia yang muncul juara pada edisi 2021 selepas beliau membenam cabaran Viktor Axelsen di perlawanan akhir.
Dalam usaha untuk mengulangi pencapaian tersebut kali ini, harapan kem Malaysia disandarkan kepada 16 wakil yang menyaksikan lapan daripadanya merupakan sektor beregu lelaki.
Berikut merupakan senarai wakil Malaysia yang akan beraksi di All England 2026:
Wakil Malaysia Di All England 2026
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
Beregu LelakiĀ
2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
5) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
6) Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
7) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
8) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
9) Kang Khai Xing-Aaron Tai
Beregu Wanita
10) Pearly Tan-M. Thinaah
11) Ong Xin Yee-Carmen Ting
Beregu Campuran
12) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
13) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
14) Jimmy Wong-Lai Pei Jing
15) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
16) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien