Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah terus mengibarkan bendera Malaysia di All England 2026 selepas masing-masing mara ke separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik dipaksa beraksi hingga ke set penentuan sebelum berjaya menundukkan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-16, 20-22, 21-14.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan ranking kedua dunia itu akan berhadapan dengan wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi separuh akhir malam ini.

All England 2026
Kredit Foto: Sun Fei / Xinhua via AFP

Manakala, Pearly dan Thinaah pula beraksi cemerlang terutamanya pada set pertama untuk menewaskan Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dari Indonesia dengan kemenangan 21-9, 21-18.

Menanti mereka di separuh akhir nanti ialah pasangan dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik mendahului Bo Yang-Liu Yi dengan 3-1 manakala Pearly-Thinaah pula terikat 3-3 dengan pasangan ranking keempat dunia itu.

Aaron
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi peringkat separuh akhir melibatkan wakil Malaysia di All England 2026:

Separuh Akhir All England 2026

1) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Baek Ha Na-Lee So Hee (Korea Selatan) – 8.50 malam – Gelanggang Minoru Yoneyama

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik lawan Chen Bo Yang-Liu Yi (China) – 2.40 pagi – Gelanggang Minoru Yoneyama