Kejohanan Badminton All England 2026 – Separuh Akhir [7 Mac 2026, bermula 6.00 Petang]

Walaupun beribu batu jauhnya Utilita Arena Birmingham, para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir All England pada malam ini hingga awal pagi esok menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Link Separuh Akhir Siaran Langsung All England 2026

1) RTMKlik (TV Okey) – Gelanggang 1 (Minoru Yoneyama)

3) Astro Badminton 815 & Astro Arena 801 – Gelanggang 1 (Minoru Yoneyama)

3) Youtube Rasmi BWF TV – Gelanggang 1

Terdapat banyak pilihan buat sebahagian besar yang tidak berkesempatan untuk ke Birmingham bagi menyaksikan secara langsung di depan mata bersama ribuan peminat setia badminton dunia.

Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi menarik bintang ternama dunia itu.

Jangan risau jika anda tidak melanggan saluran Astro kerana masih boleh menonton secara ‘Live Streaming’ di laman sesawang RTM Klik di mana sahaja anda berada. Hanya perlu memilih saluran TV Okey.

Selain itu, laman Youtube BWF TV turut menyiarkan siaran langsung tetapi perlu anda perlu menggunakan VPN Amerika Syarikat untuk gelanggang 1.

Harapan kem negara di separuh akhir All England 2026 disandarkan kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah.

Pearly dan Thinaah akan beraksi anggaran pada jam 10.30 hingga 11.30 malam ini untuk berhadapan dengan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Manakala Aaron-Wooi Yik pula bakal bertembung dengan Chen Bo Yang-Liu Yi dari China kira-kira 2.40 pagi nanti.