Kejohanan Badminton All England 2026 – Final [8 Mac 2026, bermula 7.00 Malam]
Para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung final Kejohanan Badminton All England 2026 yang bermula 7.00 malam menerusi saluran yang disediakan di bawah.
Link Final Siaran Langsung All England 2026
1) RTMKlik (TV Okey) – Gelanggang 1 (Minoru Yoneyama)
3) Astro Badminton 815 & Astro Arena 801 – Gelanggang 1 (Minoru Yoneyama)
3) Youtube Rasmi BWF TV – Gelanggang 1
Terdapat banyak pilihan buat sebahagian besar yang tidak berkesempatan untuk ke Birmingham bagi menyaksikan secara langsung di depan mata bersama ribuan peminat setia badminton dunia.
Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi menarik bintang ternama dunia itu.
Jangan risau jika anda tidak melanggan saluran Astro kerana masih boleh menonton secara ‘Live Streaming’ di laman sesawang RTM Klik di mana sahaja anda berada. Hanya perlu memilih saluran TV Okey.
Selain itu, laman Youtube BWF TV turut menyiarkan siaran langsung tetapi perlu anda perlu menggunakan VPN Amerika Syarikat untuk gelanggang 1.
Perlawanan Aaron-Wooi Yik menentang pasangan hebat dari Korea Selatan itu dijangka berlangsung jam 10.30 malam iaitu aksi terakhir pada final hari ini.
Ia bagaimanapun bergantung kepada empat aksi awal dan ada kemungkinan perlawanan melibatkan wakil negara itu berlangsung lebih lewat.
Peluang Aaron-Wooi Yik Tamatkan Penantian
Aksi petang ini menjadi peluang terbaik buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk meraih kejohanan berstatus Super 1000 pertama kali dalam karier mereka.
Aaron-Wooi Yik sebelum ini hampa dalam turut percubaan beraksi di pentas final kejohanan berstatus Super 1000.
Terbaharu adalah pada pentas final Terbuka Malaysia 2026 apabila mereka tewas bertemu pasangan ranking pertama dunia itu dalam aksi sengit hingga ke set penentuan.
Malah, Ia merupakan kemaraan ketiga buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik di pentas final All England dimana sebelum ini mereka tewas ditangan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada edisi 2019 manakala edisi 2024 pula kecewa ketika bertemu satu lagi pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.