Netizen kecewa dengan Ning Baizura yang tidak peka dengan isu kemanusiaan di Gaza dan Rafah.

Ketika ini rancak di media sosial bersolidariti untuk Palestin termasuk menggunakan slogan: ‘All Eyes On Rafah’.

Ning Baizura yang ketika itu sedang berkaraoke menghiburkan peminatnya telah melihat satu komen ditulis All Eyes On Rafah.

Dan dia segera bertanya: ‘Siapa tu?’

Peminat agak kecewa dengan reaksi Ning Baizura yang dianggap terlalu tidak ada kesedaran tentang isu semasa berkaitan kemanusiaan.

Dia malah menganggap Rafah sebagai nama manusia sedangkan ianya satu wilayah di Palestin.

Netizen menganggap Ning Baizura antara contoh bahawa artis Malaysia pada hari ini ramai yang mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak kisah langsung tentang apa yang berlaku di luar sana.

Seorang lagi menyatakan bahawa: “Malu jela kat bangsa lain overseas  [luar negara] yang sanggup berjuang lawan bagi sokongan untuk Palestin. Kau yang Islam melayu macacam ni. Aiyoooo tak tahu la nak cakap apa. Lantak kau la. Urban sangat kan.”

Netizen Malaysia beberapa hari lalu sudah mulai mencetuskan kempen Blockout 2024 versi lokal.

Gerakan #Blockout2024 Tular Di Malaysia, Kenapa Selebriti Tempatan Diboikot Orang Ramai?

Di mana mereka mulai mensasarkan selebriti dan pempengaruh media sosial yang langsung tak pernah bersuara isu kemanusiaan – untuk diboikot.

Kempen tersebut tercetus di Amerika Syarikat. Apabila seorang pempengaruh telah mengguris hati netizen ketika mengendalikan acara Met Gala.

Netizen mulai menyenaraikan ramai selebriti untuk diboikot dan nyahikut mereka dari platform media sosial.

Peminat kecewa dengan selebriti yang mereka puja dan sokong selama ini, tidak mampu bersuara tentang isu kemanusiaan yang sedang melanda dunia.