Kempen Tech The Emission Down anjuran ALL IT Hypermarket kini mencapai satu lagi pencapaian penting apabila syarikat tersebut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama sembilan rakan strategik pada 22 Ogos 2025 lalu.

Majlis yang berlangsung di The Secret Garden, 1 Utama Shopping Centre ini turut disertai oleh 1 Utama Shopping Centre, Alliance Bank, Atome, Blueshark, MG, Microsoft, JBL, TP-Link dan GoPro.

Usaha Bersama Tangani Cabaran E-Waste

ALL IT Dan 9 Jenama Besar Bergabung Demi Tangani E-Waste, Siap Ada Hadiah EV Untuk Dimenangi

Majlis ini menegaskan komitmen kolektif untuk menangani cabaran e-waste yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Selain meningkatkan kesedaran awam, inisiatif ini juga membuka akses mudah untuk masyarakat membuang barangan elektronik terpakai dengan cara yang betul sama ada di mana-mana cawangan ALL IT Hypermarket atau di 1 Utama’s 1RECYCLING CENTRE (1RC).

Dilancarkan sejak 1 Jun 2025 hingga 31 Disember 2025, kempen ini bukan sahaja memberi fokus kepada kesedaran, malah turut menawarkan:

  1. Program pendidikan dan insentif untuk pembelian teknologi bertanggungjawab
  2. Cabutan bertuah dwibulanan dengan pelbagai hadiah gajet
  3. Dua hadiah utama – kereta elektrik MG4 EV & motosikal elektrik Blueshark R1

Setiap Jenama Sedia Bawa Nilai Tambah

ALL IT Dan 9 Jenama Besar Bergabung Demi Tangani E-Waste, Siap Ada Hadiah EV Untuk Dimenangi

Menurut Cagen Tan, Head of Marketing ALL IT Hypermarket:

“Ini bukan sekadar simbolik penandatanganan, tetapi gerakan untuk mengajak pelanggan, komuniti dan rakan industri berganding bahu dalam membentuk masa depan teknologi yang lebih lestari.”

Teo Chui Ping, Managing Director 1 Utama Shopping Centre pula menekankan bahawa pusat beli-belah tersebut telah mengamalkan prinsip hijau sejak 1995.

Melalui 1RC dan Green Ninja E-waste Campaign, e-waste yang dikumpul akan diproses dengan selamat di fasiliti bertauliah ISO, sekaligus mengelakkan sisa ke tapak pelupusan.

Sementara itu, Gan Pai Li, Group Chief Consumer Banking Officer Alliance Bank menyatakan bahawa peranan bank kini melangkaui sekadar perkhidmatan kewangan. Sebagai rakan strategik, Alliance Bank mahu menggalakkan pelanggan membuat keputusan lebih mesra alam, sejajar dengan agenda ESG.

Manakala Danny Lim, Head of BNPL Atome Malaysia berkata, platform Atome mahu menjadikan teknologi lestari lebih mudah dicapai tanpa halangan kewangan.

Selain itu, jenama seperti Blueshark dan MG menekankan peralihan ke arah mobiliti hijau, manakala Microsoft, JBL, TP-Link dan GoPro menyerlahkan inisiatif mereka dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang lebih lestari.

Menuju Masa Depan Teknologi Yang Lebih Hijau

ALL IT Dan 9 Jenama Besar Bergabung Demi Tangani E-Waste, Siap Ada Hadiah EV Untuk Dimenangi

Menerusi simbolik tandatangan MOU ini, Tech The Emission Down bukan lagi sekadar kempen, malah ia adalah pergerakan bersama yang melibatkan industri, pengguna dan komuniti.

Kempen ini diharap dapat membina kesedaran berterusan, mendidik masyarakat dan pada masa yang sama menawarkan ganjaran untuk menggalakkan perubahan tingkah laku ke arah gaya hidup lebih hijau.

Tempoh kempen: 1 Jun – 31 Disember 2025
Cara sertai: Hantar e-waste ke mana-mana ALL IT atau 1RC, 1 Utama
Hadiah utama: MG4 EV & Blueshark R1