Along Cham tuduh isterinya seleweng dana awam berjumlah RM100,000.
Berita rumah tangga Along Cham dan isterinya, Afreena Suhaimi kini menjadi panas.
Ianya selepas pelawak itu dikatakan merancang untuk melafazkan cerai ke atas isterinya.
Along Cham kecewa isterinya seleweng dana
Along Cham yang baru baru ini dikenakan perintah lepas tanpa bebas oleh mahkamah kerana tuduhan memiliki dan memasukkan dadah. Dia dilepaskan dengan ikat jami RM5,000.
Selepas itu Along terbuka mendedahkan isterinya telah menggunakan namanya untuk meraih simpati orang ramai dan meminta bantuan.
Artis terkenal seperti Aaron Aziz juga turut menjadi antara mangsa penipuan isterinya, menurut Along.
Aaron Aziz yang kini berada di luar negara mengakui kepada Along, telah dihubungi oleh isterinya yang meminta RM20,000 dana sumbangan.
Namun pelakon itu memberikan RM5,000 sahaja untuk ikat jamin, serta memberikan kata kata semangat kepadanya menerusi panggilan telefon.
Along menambah: “Dana itu dikatakan untuk kegunaan saya, namun jujur, tak ada pun. Dana tersebut tak sampai kepada pihak saya.
“Saya juga pelik, ada kalangan selebriti berikan dana sumbangan namun tak sampai ke tangan saya.
“Afreena memberitahu bahawa kononnya dana itu juga digunakan untuk perbelanjaan anak saya. Sekitar RM100,000 dana terkumpul.”
Pelawak itu memberitahu wartawan, sepanjang dia di dalam tahanan, anaknya Ahmad Danial dijaga oleh Didie Alias.
Sementara wang yang digunakan untuk ikat jamin Along pula adalah daripada ibunya, ahli keluarganya yang lain dan Didie Alias.
Along kemudian meminta maaf kepada semua pihak yang terkena dengan isterinya. Ibu Along sudah membuat laporan polis tentang penyelewengan dana itu.
Sementara itu, pihak polis meminta mana mana pihak yang ada menghulurkan bantuan dana kepada Afreena, tampil membuat laporan polis.