Amad Diallo menuduh peminat Manchester United di Malaysia mengejek dan menghina ibunya. Itulah sebabnya dia mengacungkan jari tengahnya kepada mereka.

Bintang Manchester United Acung Jari Tengah Ke Arah Penyokong Setia Red Devil

Amad Diallo tidak pernah menyesal dengan tindakannya berbuat demikian kepada peminat Man United di Malaysia.

Peminat Man United di Malaysia dituduh hina ibu Amad Diallo

“Saya menghormati orang lain kecuali mereka yang menghina ibu saya. Saya tidak sepatutnya memberikan respon seperti itu, namun saya tidak menyesal di atas tindakan saya,” tulis Amad Diallo di X.

Dia menambah: “Kami menikmati masa yang indah di Malaysia bersama dengan orang yang baik.”

Ramai yang mempertahankan tindakan Amad Diallo. Namun segelintir peminat Man United dari Malaysia menafikan mereka ada menghina ibu Amad Diallo seperti yang dia dakwa.

united
Aksi Manchester United vs ASEAN All Stars

“Tak ada pun dengar orang membuat sebarang penghinaan ke atas keluarga dia.

“Yang saya dengar peminat cuma melaungkan Amad, Amad, Amad kemudian Diallo, Diallo, Diallo,” tulis seorang peminat yang kecewa dengan tuduhan Amad Diallo.

Kemudian ada yang mempersoalkan, bagaimana pula dengan satu lagi insiden Amad dan Garnacho menunjukkan jari tengah?

Peminat juga menganggap Amad Diallo jelas cuba bermain kad mangsa dan cuba memutar belitkan fakta.

Selain itu, peminat kehairanan: “Menghina celah mana? Kalau marah sebab panggil Diallo, macam tak logik sebab X username pun still carry the name.”

Peminat terus mempersoalkan, kenapa Amad Diallo letak nama Diallo pada profil media sosialnya kalau hanya sebab itu dia bertindak biadap ke atas penyokong Manchester United di Malaysia?

Amad Diallo Tuduh Peminat Manchester United Di Malaysia Hina Ibunya

Menurut peminat Man United dari Malaysia, kenyataan Amad Diallo ini jelas satu fitnah dan boleh memburukkan reputasi mereka di mata dunia.

Mereka memerlukan penjelasan daripada Amad Diallo, di mana bukti peminat menghina ibunya. Kerana jelas dalam video itu, peminat benar benar teruja melihat Amad Diallo turun dari bas.