Pelakon veteran Aman Graseka menafikan dia hanya menunggu tawaran berlakon sahaja untuk meraih pendapatan dan tidak ada kerja lain.

Sebaliknya beliau menegaskan dia tidak hanya bergantung kepada lakonan semata mata sebagai sumber rezeki. Tetapi beliau turut berniaga ketupat dan rendang.

Baca Juga:

Aman Graseka membetulkan salah tanggapan netizen menyatakan dia meminta bantuan untuk memberikan anaknya makan.

Sebelum ini Shiera Ijoy memuat naik status di Instagram meminta netizen menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu Aman Graseka yang terputus tawaran lakonan sejak sekian lama.

Dan pada masa yang sama, Shiera menyatakan bahawa Aman Graseka tidak dapat bergera ketika ini kerana keretanya rosak.

Shiera Ajak Netizen Bantu Aman Graseka Untuk Bagi Anak Makan

Shiera menulis:

“Kalau sapa nak bantu kawan kita pelakon dah lama tak kerja

“Saya minta bantuan di hari jumaat untuk belanja harian juga..kereta rosak tak dapat bergerak

“Kalau sapa ada lebih. Niat zakat pun boleh 10 ringgit sorang

“Sebab dah berbulan bulan rezeki berkurangan

11258100021976-RHB
AMAN SHAH BIN BAHAROM SHAH”

Kemudian Shiera menunjukkan tangkap layar gambar perbualan di mana Aman Graseka berdoa agar pagi Jumaat itu ada rezeki anak anaknya untuk dimakan.

Ada netizen yang mempersoalkan, kenapa Aman Graseka tidak mencari kerja lain seperti menjadi pengawal keselamatan? Kerana dia masih sihat tubuh badan.

Aman Graseka menegaskan bahawa dia sebenarnya ada pekerjaan sampingan selain berlakon iaitu berniaga ketupat dan rendang.

Aman Graseka memberitahu Mstar Online dia terkejut dengan berita dia meminta bantuan kerana terputus kerja dan juga keretanya rosak.

Sebaiknya dia menyatakan bahawa dia baik baik sahaja dengan anak dan isterinya.

“Perkara yang tular itu semua tidak betul. Saya ada kerja sendiri.

“Saya ok sahaja dengan isteri dan anak anak.

“Saya terkejut apabila berita fasal saya viral. Saya ada kerja sendiri. Saya berniaga ketupat dan rendang bersama isteri,” tegas beliau lagi.”