Sharifah Shahirah atapun Shiera Ijoy menegaskan bahawa dia berkongsi perbualan WhatsApp antara dia dengan Aman Graseka sebagai tanda simpati.

Sebelum ini Shiera meminta netizen agar membantu pelakon veteran Aman Graseka yang sedang dalam kesusahan sebab terputus tawaran berlakon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Shiera memuat naik screen shot perbualan menunjukkan Aman Graseka berharap ada rezeki anak anak untuk makan.

Shiera turut memuat naik butiran nombor akaun bank pelakon itu. Sambil menyatakan bahawa Aman Graseka turut ada masalah kereta rosak.

Shiera Ajak Netizen Bantu Aman Graseka Untuk Bagi Anak Makan

Shiera Ijoy dedah ramai bagi sumbangan

Shiera terkejut dengan respon yang dia terima. Kerana ternyata ramai yang menghulurkan bantuan termasuk rakan artis.

Malah dia berharap wang sumbangan itu dapat digunakan untuk modal berniaga.

Shiera menulis: “Bila saya keluarkan benda sebegini dapat tahu ramai kawan artis menolong Aman.

“Sebab ramai dia message artis artis yg lain walaupun tak tau dapat mana no kami. Tetapi kami kenal Aman Graseka. Sedih bila dapat tau susah.

“Mungkin dlm keadaan kehidupan yg terdesak..tau langit tak selalu cerah

“Semoga kami semua doakan baik baik. Mintak in [the] future tak mau lagi mesej ni berlaku sehingga ada yg tak rapat pun dia terpaksa mintak.

“Dan kawan kawan artis yang lain kalau susah mintak seniman siasat dan tolong k lanjutkan kepusat zakat utk diberi bantuan

“Malaysia suka bantu nak nak pusat zakat akan buat kerja

“Thank you again netizen followers and friends.”

Aman Graseka pernah nafikan dia ada minta bantuan – netizen

Namun di ruangan komen peminat bertanya kepada Shiera Ijoy, seolah ada sesuatu yang tak kena. Kerana sebelum ini Aman Graseka memberitahu Mstar Online dia terkejut dengan berita yang tular tentangnya.

Dia menegaskan bahawa dia dan isterinya baik baik sahaja dan mereka masih ada sumber pendapatan daripada berniaga ketupat dan rendang.

Aman Graseka kecewa dengan tuduhan segelintir netizen bahawa dia hanya bergantung kepada karier lakonan sahaja. Sedangkan dia sebenarnya ada pekerjaan lain.

Dan mereka meminta Shiera Ijoy cuba membuat semakan lebih teliti kerana risau ada unsur unsur scam oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar dengan menggunakan nama Aman Graseka.